Monday, October 19, 2009

PENYAKIT BUKAN SIKSA,TAPI NIKMAT PENGHAPUS DOSA

Kaki cik gu yang cedera ni belum juga pulih. Tapi ada orang lain yang menghadapi musibah yang lebih berat

Joi (kakak) mengidap kanser darah. Akibatnya sering menghadapi kesukaran untuk bernafas. Sekarang menjalani rawatan dan beransur pulih.

Pelawak, Ahmad Busu pula diserang angin ahmar. Walaupun beransur pulih, tapi masih belum boleh berjalan lagi.

Sebentar tadi, seorang yang tidak saya kenali menberitahu beliau cedera tulang belakang semasa mendapatkan rawatan fisio-terapi di hospital Kajang?! (Beliau menalipon sebab nak membeli Penawar Sendi Adi Putra.) Suaminya pula mengidap kanser hidung.

Ini hanya sebahagian yang cik gu ketahui. Ada ramai lagi yang sakit di luar sana.

Di dalam kehidupan ini, tiada seorang pun di muka bumi ini yang tidak pernah ditimpa penyakit. Sebagai orang yang beriman, tatkala ditimpa suatu musibah penyakit, dituntut untuk selalu sabar dalam menghadapinya dan selalu mengharap pahala dari-Nya. Aisyah r.a. berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari)

Diujinya dengan berbagai cobaan, baik sakit maupun selain itu kemudian Allah memberi pahala dengan jalan itu jika bersabar dan mengharapkannya.

Bagi yang sedang diuji oleh Allah dengan sakit semoga senantiasa diberi kesabaran. Semoga Allah menggugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan bosan untuk berusaha dan berdoa agar diberi kesihatan yang baik.

Thursday, October 15, 2009

Is POP cast the only treatment for fractured/broken bone?

The question came to mind after having to endure 1 week being in POP cast.

The purpose of the cast is (in my case) to prevent me from using my right foot so as not to displace the fractured 5th metatarsal....and that's about it. For the pain and swelling I was given drugs that do have side effects.

Having sensitive skin did not help either. After 3 days, my leg began to itch. It became so unbearable that I was not able to sleep. At times I felt like breaking the POP cast!

Since I was not able to move my foot much, other parts began to ache. My greatest fear was my leg muscle getting crammed. I was able to reduce the muscular pain by taking herbal medication.

A week later, when I went for my follow up, I pleaded with the doctor to take off the POP cast. He agreed to do so but at my own risk.

After the MA took off the POP cast, I got to wash my leg. The pleasure of being able to do so is like having been released from a confinement!!

My leg felt rough because of eczema. The MA then applied a 1/2 cast, which I took off as soon as I got home!

Now that the POP cast is off, I'm able to treat my injured foot which is still swollen and bruised:

  • soak in hot salt water to speed bone healing
  • hot herbal compress to treat swelling and bruises, and muscular pain
  • herbal oil to treat muscular pain
Of course I still move around using crutches....but movement is easier now that my leg is much lighter....and going to the bathroom is no longer a problem!

So, I wonder...is there no other means of treating fractured/broken bone other than POP cast?

Monday, October 12, 2009

Rakyat Indonesia mencari rezki di Malaysia

Rakyat Indonesia mencari rezki di Malaysia dengan pelbagai cara.

Menjadi buruh binaan.

Masa ubah suai kedai, kontraktor yg diupah menggunakan 2 orang pekerja Indo, tak ada pun diambil pekerja tempatan (ada ke buruh tempatan?)

Pembantu Rumah (sambilan atau sepenuh masa)

Untuk membuat kerja rumah, saya mengupah Hasanah. Bayaran yang dikenakan RM10 untuk sejam. Banyak dia boleh dapat dalam satu hari.

Sepanjang masa kaki saya cedera, khidmat Hasanah sangat diperlukan. Kemas lah sikit rumah ni. Kain baju pun terurus. Itu pun Hasanah tak boleh datang setiap hari. Perkhidmatannya telah sedia di tempah untuk beberapa buah rumah lain di sekitar B. B. Bangi.

Walau pun upah nya agak mahal, Hasanah masih dipanggil sebab tak ada orang lain, apa tah lagi tenaga kerja tempatan.

Petang ni Hasanah hanya sempat ankat kain di jemuran, sidai kain yang telah dicuci, lipat kain dan gosok baju sikit....lebih kurang 2 jam. Dia perlu bergegas ke rumah lain pula untuk gosok pakaian. Pagi pula, dia dah bekerja di rumah lain sehingga tengahari.

Begitulah Hasanah setiap hari. Lumayan upahnya bila ringan tulang.

Ada banyak lagi sektor-sektor lain yang menggunakan tenaga pekerja dari Indonesia. Ada yang secara sah dan ada juga yang tidak sah. Sesungguhnya negara Malaysia merupakan lubuk rezki bagi sebilangan besar rakyat Indonesia.

Malangnya ada sekumpulan rakyat Indonesia yang mula mencetuskan ketegangan di antara hubungan kedua negara. Puncanya....salah faham dalam hal kebudayaan???? Takkan lah isu yang sekelumit ini hendak diperbesarkan dan akibatnya hanya menjejaskan punca pendapatan rakyat negara mereka juga?

Anehnya, sokongan yang diberi sangat ramai. Lihat di sini.

Some senses need to be jammed into these idiots heads! 455,023 members? Seriosly!

Sunday, October 11, 2009

Rumah Amal Baitul Kasih

Maklumat berkenaan rumah ini di hantar melalui e-mel dan dirasakan perlu dihebahkan.
Rumah Amal Baitul Kasih beralamat no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH (sebelum ini beralamat 32, Jalan U19/1, Taman Seri Buloh, Sungai Buloh).













Anak kecil ni bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.









Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.









Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.

Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.













Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.









Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649.

Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

Thursday, October 8, 2009

Gempa di Padang dan firman Allah SWT

sms mengaitkan kejadian gempa di Padang dengan ayat-ayat al-Quran tersebar luas. Setelah disemak dari laporan akhbar, semua waktu yang dinyatakan dalam sms sama, kecuali satu yang tersasar.

Gegaran ini berlaku di Padang pada 30 September pukul 5.16 petang waktu tempatan.

QS, Ar-Ruum (30) ayat 9: "Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih dari kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

QS. Al Israa’(17) ayat 16: "Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."

Mengikut laporan akhbar, gegaran susulan berlaku pada 5.38 (17:38), tetapi waktu yang disebarkan melalui sms ialah 5.58 (17:58). 20 minit adalah satu perbezaan yang agak substantial. Adakah laporan akhbar yang salah?

QS, Al Israa' (17) ayat 58: "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

Laporan ini pula mencatatkan gegaran susulan berlaku pada 17:38:52.

QS, Al Israa' (17) ayat 38: " Tiap-tiap satu perintah itu , menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu."

Keesokan harinya, "Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan satu lagi gempa bumi kuat menggegarkan Sumatera Barat, Indonesia.

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu berlaku pada 8.52 pagi ini (9.52 pagi waktu Malaysia), kira-kira 280 kilometer dari pusat gempa bumi semalam."

QS, Al Anfaal (8 ) ayat 52: "(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah maha kuat, lagi maha berat seksaNya."

Baca selanjutnya di sini, sini, sini, sini dan sini.

"Let us be analytical and not be critical"

Untuk renungan bersama, wallahualam.