Monday, May 30, 2011

Tip Pilihan: Menjadi Popular dalam Perniagaan

Oleh: Irfan Khairi

Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!
Untuk menetahui cara menjadi popular, "MASA" memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah "over-night sensation" (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.

Dengan menggunakan elemen "Masa", kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.

Lihat contoh-contoh di bawah:

  • Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
  • Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
  • Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!
Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!